Hasil kerja

TAJUK 1 : Penggunaan Enjin Pencari untuk Bahan Bahasa Melayu

Tugasan

1. Apakah maksud enjin pencari ? Terangkan jenis-jenis enjin pencari.
Maksud enjin pencari:
Enjin pencari ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci ‘Malaysia’ pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci ‘Malaysia’ dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan ‘Malaysia’ akan dipaparkan kepada anda.
Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.
Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.
Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang ‘search’ yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari.
Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil ‘spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.

Jenis-jenis enjin pencari:

Enjincarian (Search Engine )  popular
Google.com
Laman web internet yang paling banyakdikunjungi yang berjalanle...

2.Bing.com
Apakahdiiklankansebagaienjinkeputusandaripada Microsoft dankeempatterbesar di web padaOktober 2010. Bing (...

3.Baidu.com
Baidumenawarkanpelbagaiperkhidmatan, termasukenjincarianbahasaCinalaman web, fail audio, danimej. Ba...

4. Yahoo.com
EnjinkeduaterbesarCarian di web. Jenis yang paling biasaseperti HTML, PDF, perkataan, Excel dan RSS /XML...

5. Altavista.com
AltaVista adalahenjincarian web yang dimilikioleh Yahoo!. AltaVista pernahsalahsatuenjincarian yang ...

6. Ask.com
Apakahenjincarian yang menyampaikan data dengancepatdantepatbagiberjuta-juta
orang setiaphari. Iadike...

7. Msn.com
Microsoft Network atau MSN portal perkhidmatan di laman web yang dimilikioleh Microsoft. DilancarkanpadaOg...

8. Aol.com
E-meldari AOL sesuatuperkhidmatan e-mel yang dimilikioleh Yahoo dan Google. Akan mendapat 1 ciri-ciriperkh...

9. Alexa.com
Alexaadalahsebuah web maklumat yang memberikan ranking web. Bergunauntuklaman web yang telahditerimadala...

10.Lycos.com
Bolehdidapati di blog twittrend.info tentangteknologi, internet, perisian, permainan, komputerriba, kom...

2. Bagaimanakah anda boleh mendapat maklumat daripada enjin pencari ?

Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin pencari di Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan pengguna enjin pencari tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan pantas.Ia boleh diumpamakan dengan sebuah kereta lumba yang canggih memerlukan pemandu yang cekap untuk beroleh kejayaan dalam sesuatu pertandingan perlumbaan kereta.Perkara pokoknya adalah bagaimana untuk menyingkirkan terlebih dahulu laman-laman web yang tidak berkaitan dan keputusan carian yang tidak betul.

Di sini akan dibincangkan beberapa faktor insan atau penggunaan carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat dengan masa yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet.Struktur binaan sesebuah enjin carian secara umumnya adalah sama di antara satu sama lain.Namun begitu, contoh yang akan diambil dalam perbincangan ini menggunakan enjin pencari Google.

Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-

1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.

Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin pencari akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.

2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin cari akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan lain-lain.

3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian.

Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".

4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin pencari tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.

Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.

*Perpaduan

*perpaduan

*PERPADUAN

nPerpaduan

nperpaduan

5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (" ").

6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. Fungsi AutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti ballstestedwalking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti balltestwalk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian.

Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.

8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat.Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu.Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini.Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut.

9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-

nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.

nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.

nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.

nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.

nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.

10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-

nTanda tambah ( + ) - Enjin pencari akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.

nTanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.

nTanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.

nTanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.

nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.

nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.

nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara.Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.

Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas.Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian.

Internet merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai pelbagai jenis maklumat.Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek carian maklumat agar berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang pantas. Hampir kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada bahasa Inggeris.

3. Bagaimanakah cara penyimpanan dan perkongsian bahan -bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat secara atas talian dan luar talian?

Pengajaran dan pembelajaran atas talian hendaklah dijalankan dengan penggunaan internet. Jika dibandingkan dengan pengajaran dan pembelajaran di luar talian, tidak memerlukan sambungan internet. Pengajaran ini juga dikenali sebagai pengajaran "offline".
Penggunaan media sosial dalam pembelajaran dan pengajaran  adalah konsep yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pendidikan. Ia adalah satu perkembangan pendidikan hasil daripada proses ledakan teknologi maklumat yang merujuk kepada penggunaan teknologi ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi pelajar.Menerusi penggunaan teknologi Web 2.0, para pelajar tidak lagi mencapai web untuk mendapatkan maklumat semata-mata, sebaliknya mereka mencapai dan membina pengetahuan secara kolektif menerusi interaksi sosial (Maloney, 2007). Dengan adanya teknologi, ianya dapat meningkatkan lagi pembelajaran dan interaksi dalam kalangan pelajar dan guru.Menurut (Pempek et.al., 2010), teknologi Web 2.0 adalah sebahagian daripada alatan dimana guru dapat memanfaatkannya untuk merancang dan membantu pembelajaran pelajar. Memandangkan pengguna alatan rangkaian sosial terdiri daripada golongan muda, mereka pastinya telah mempunyai kepelbagaian pengalaman, kebiasaan, sikap dan pengharapan terhadap teknologi atas talian. Oleh itu, penggunaan media sosial oleh pelajar seperti Facebook, Twitter, Youtube dan sebagainya dapat meningkatkan potensi dalam pembelajaran dan pengajaran(P&P).

Penggunaan media sosial yang dimanfaatkan oleh guru yang berkemahiran akan dapat meningkatkan tahap pembelajaran pelajar dan memudahkan pembangunan kemahiran pelajar seperti kolaborasi, pemikiran kreatif dan pembinaan pengetahuan. Ini bukan membawa maksud kemahiran penting tidak boleh diajar tanpa teknologi, namun kerjasama antara pelajar daripada pelbagai latar belakang akan menambahkan dan mendalamkan lagi pengalaman pelajar. (Asniza dan Zaidatun, 2011). Menurut (Batchelder, 2010), pengalaman dan aktiviti-aktiviti rangkaian sosial turut memberi pengetahuan baru kepada pelajar tentang sesuatu konsep berdasarkan aktiviti dan keinginan mencari maklumat yang berterusan. Contohnya, guru boleh menggunakan media sosial iaitu blog. Blog boleh digunakan untuk memberi ruang kepada pelajar menulis pengalaman sebenar, guru dapat memberi maklum balas kepada pelajar dengan  cepat dan pelajar juga memberi maklum balas  sesama mereka. Selain itu, menggunakan komen dan maklum balas dalam blog dapat  menggalakkan pelajar membantu antara satu sama  lain dalam penulisan mereka dan mendapatkan  respon yang berbeza antara pelajar terhadap topik yang dibincangkan. Guru boleh mengadakan perbincangan dengan pelajar mengenai isu atau topik yang boleh melahirkan pelajar berfikiran kritis dan kreatif. Blog juga membolehkan para guru dan pelajar menulis idea mereka untuk dikongsikan dengan mudah. Rangkaian yang merangkumi guru, rakan sebaya dan tambahan maklumat akan membuatkan sesuatu pembelajaran itu lebih menarik.

Selain itu, media  sosial ini dapat memberi peluang kepada guru untuk menyebarkan bahan pengajaran dan dapat diakses oleh para pelajar pada bila-bila masa. Berdasarkan kajian yang dianalisis oleh (Siti Salwa & Jamaluddin, 2013), majoriti guru-guru muda sememangnya bersemangat dan sentiasa ke arah inovasi dengan mengambil langkah positif iaitu menggunakan medium rangkaian sosial Google Plus dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Seperti yang kita ketahui, Google Plus dilihat sebagai medium baru dan ramai pengguna tidak mengetahuinya, namun sesetengah guru sanggup meluangkan masa mempelajari dan meneroka rangkaian sosial ini untuk membuat pembaharuan dalam pengajaran di sekolah yang bercorak maya. Sesetengah guru yang terdiri dari kalangan pendidik yang inovatif, Google Plus dilihat sebagai suatu medium yang mudah dipelajari kerana ia bersifat mesra pengguna. Guru-guru berpendapat Google Plus menjadi bahan pengajaran yang sangat efektif kepada pelajar. Bahan pengajaran yang guru muat naik di Google Plus mudah dikemas kini dari masa ke semasa. Guru boleh menghantar apa-apa saja bahan berbentuk nota pelajaran, kuiz mahupun latihan dengan mudah. Hasil kajian ini mendapati, kebanyakan guru yang menggunakan aplikasi Google Plus ini pada bila-bila masa boleh menghantar tugasan untuk dilengkapkan oleh pelajar. Jika guru tidak dapat masuk ke kelas, pelajar hanya perlu mengakses laman sosial Google Plus untuk mendapatkan latihan atau sebarang nota yang dihantar oleh guru. Hal ini memudahkan sama ada pihak guru mahupun pelajar dalam memastikan P&P berjalan dengan lancar.

Di samping itu, media sosial juga dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran pelajar lebih berkesan dan mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu topik.  Aplikasi YouTube merupakan salah satu rangkaian sosial yang sangat popular dalam kalangan masyarakat sekarang. Kini, laman sosial YouTube bukan lagi sekadar digunakan untuk berkongsikan video peribadi, pemasaran dan sebagainya, malah YouTube juga telah digunakan sebagai salah satu medium pembelajaran. Menurut (Mohamad Amin Embi, 2012), video boleh menjadi satu alat pendidikan dan motivasi yang amat berpengaruh. Namun, kekuatan sesuatu pengajaran bukan terletak pada video itu sendiri tetapi cara video itu digunakan oleh guru. Video itu sendiri bukanlah satu bahan atau sasaran tetapi merupakan satu cara ke arah mencapai objektif dan matlamat pembelajaran. Video pendidikan yang efektif bukanlah pengajaran yang berbentuk televisyen kepada pelajar tetapi pengajaran guru kepada pelajar dengan video sebagai satu alat untuk penzahiran (Duff, 2008). Berdasarkan pendapat (Mohamad Johdi & Ariegusrin, 2009) dalam kajian mereka iaitu “Transformasi Pengajaran Sejarah Berasaskan Multimedia”, berpendapat bahawa penggunaan video dalam mata pelajaran Sejarah mampu membantu guru dalam meningkatkan mutu pengajarannya di samping dapat menjadikan pengajaran lebih menarik. Oleh itu, jelaslah bahawa video boleh menimbulkan minat dan seterusnya menggerakkan keinginan pelajar untuk memahami sesuatu topik dengan lebih terperinci. Selain itu, video juga dapat menghilangkan rasa bosan pelajar. Contohnya dalam subjek Sejarah, dimana  dahulunya hanya menggunakan buku teks. Pelajar akan berasa bosan mempelajari fakta melalui pembacaan. Oleh itu, guru boleh mencari pelbagai video dalam Youtube sebagai bahan pengajaran supaya pelajar tidak berasa bosan dengan subjek tersebut.

Media sosial juga dapat  meningkatkan interaksi yang baik di kalangan pelajar dan guru. Pelajar tidak berasa malu kerana interaksi adalah secara maya tanpa bersemuka dengan orang lain. Hal ini kerana semua pelajar di dalam kelas tidak mempunyai sikap yang sama. Ada yang berasa malu apabila ditanya oleh guru dan pasif dalam aktiviti kumpulan. Pelajar sebegini selalunya lebih menunjukkan penglibatan mereka ketika berinteraksi secara maya, contohnya dalam penggunaan media sosial Facebook. Lebih-lebih lagi pelajar zaman sekarang sudah mempunyai akaun Facebook sendiri. Kelebihan aplikasi Facebook adalah dapat meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar dan juga sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web.Mohamed Amin Embi, 2012). Ini menjadikan P&P yang dijalankan di kelas tidak tamat begitu sahaja tetapi pelajar boleh berinteraksi dengan guru ketika di rumah. Penggunaan Facebook menyebabkan komunikasi antara guru dan pelajar  tidak lagi dibatasi oleh waktu dan juga jarak geografi. Kaedah menggunakan laman sosial ini  juga dapat menarik minat dalam berkomunikasi kerana ia menjadikan pengguna lebih aktif apabila dapat membina pengetahuan menerusi penggunaan internet. Hal ini bermaksud pengguna menggunakan laman rangkaian sosial untuk meningkatkan lagi hubungan dengan rakan dan dunia luar tanpa perlu risau akan sempadan geografi. (Faridanura, 2014). Oleh itu, ianya dapat mengekalkan hubungan baik antara  guru dengan pelajar dan memudahkan komunikasi ketika P&P berlangsung di dalam kelas.

Kepesatan perkembangan media sosial masa kini menjadikan media sosial seperti Web 2.0 semakin bertambah dan mempunyai kelebihan tersendiri. Potensi penggunaan media sosial dalam P&P adalah dapat  memberi maklum balas secara terbuka, memberi komen, serta berkongsi maklumat dalam masa yang cepat dan tidak terhad. Guru boleh berkongsi maklumat dengan pelajar melalui pembinaan kumpulan menggunakan aplikasi Facebook atau Edmodo. Edmodo adalah platform sosial percuma untuk guru dan pelajar berkongsi idea, fail, maklumat dan tugasan. Guru akan membina akaun Edmodo untuk pelajar-pelajarnya. Edmodo menyediakan cara yang selamat dan mudah untuk berhubung dan bekerjasama dengan pelajar seperti juga dalam sesebuah kelas. Edmodo boleh menjadi medium untuk guru berkomunikasi dengan berkesan kepada pelajar yang memerlukan bimbingan. Penggunaan sesi perbincangan dalam Edmodo hampir sama seperti mengendalikan temu bual dengan pelajar kerana Edmodo  menggalakkan dialog, mencabar pelajar untuk menulis secara ringkas dan padat, serta mempertahankan pendapat mereka dengan maklumat sokongan daripada pembacaan yang dibuat.(Mohamed Amin Embi, 2012). Oleh itu pelajar boleh berkongsi maklumat yang mereka dapat melalui tugasan yang diberikan. Manakala guru boleh memberi maklum balas secara terus. Penggunaan aplikasi Edmodo ini sama juga seperti aplikasi Facebook, dimana guru dan pelajar boleh berkongsi maklumat dan isu-isu terkini yang berlaku di dalam dan luar negara pada bila-bila masa. Secara tidak langsung, pelajar mendapat maklumat tersebut dengan cepat tanpa menonton televisyen. Guru juga boleh meninjau sejauh mana pemahaman pelajarnya di dalam kelas dengan adanya kuiz dan latihan tambahan yang dimuat naik dalam Edmodo.

Walaupun penggunaan media sosial di kalangan para guru sudah digunakan secara meluas, namun begitu tidak semua guru mahir dalam penggunaan media sosial ini. Oleh itu antara kekangan media sosial dalam P&P adalah kurang kemahiran dan pengetahuan dikalangan  guru-guru lama dan guru yang sudah berumur.  Corak pendidikan sekarang bergerak ke arah pembelajaran dan pengajaran berasaskan web dan aplikasi sosial yang lain. Guru seharusnya sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi terutama dalam penggunaan Web 2.0. Guru seharusnya bijak mengatasi keadaan ini bagi memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai media sosial yang saban hari semakin bertambah. Tanpa pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat yang secukupnya, para guru tidak dapat memaksimumkan potensi teknologi yang ada untuk meningkatkan kualiti serta keberkesanan pengajaran mereka dalam proses P&P. Selain itu, antara kekangan lain adalah  kekurangan komputer dan masalah internet. Seperti yang kita ketahui, media sosial menggunakan aplikasi internet. Kemudahan komputer dan internet di semua sekolah pada masa kini adalah tidak seragam. Oleh itu, ini menjadi sukar kepada guru untuk menggunakan media sosial sebagai alat pengajaran. Begitu juga dengan pelajar, dimana tidak berpeluang menggunakan kemudahan tersebut di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan internet di makmal komputer sekolah. Di samping itu, apabila guru menggunakan media sosial sebagai tempat untuk pelajar membuat perbincangan diluar daripada P&P, tidak semua pelajar mempunyai kemudahan komputer dan internet di rumah. Hal ini kerana, tahap sosio-ekonomi setiap pelajar adalah berbeza. Oleh itu, ianya menjadikan penglibatan pelajar dalam media sosial guru adalah tidak ramai kerana tidak semua pelajar dapat mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut.

Secara kesimpulannya, guru seharusnya mengambil peluang terhadap penggunaan media sosial untuk mengubah cara pengajaran dan berkomunikasi agar tidak ketinggalan dan mampu untuk bersaing dengan anak didik dalam menambah ilmu pengetahuan dan perkongsian maklumat dalam pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan media sosial untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran mempunyai banyak kelebihan kepada guru dan pelajar, dimana terdapat banyak media  sosial yang berpotensi tinggi untuk dijadikan kaedah dalam pembelajaran dan pengajaran untuk menjadikan P&P lebih menarik dan objektif pembelajaran tercapai. Media sosial ini dapat memberi kesan yang positif selaras dengan minat dan cenderung murid yang sudah terdedah kepada penggunaan banyak laman sosial. Oleh itu, perkembangan ICT dalam dunia pendidikan perlu diaplikasikan sepenuhnya mengikut kesesuaian isi kandungan dalam sesuatu subjek bagi menghasilkan proses P&P yang lebih efektif. Ini sesuai dan seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin meningkat serta hasilnya dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang dan sekolah yang terbilang.

Sumber:

https://image.slidesharecdn.com/apaituenjincarian-110823160124-phpapp02/95/apa-itu-enjin-carian-17-728.jpg?cb=1314118283

https://pjktmk.wordpress.com/2008/02/22/unit-9-enjin-pencari-tugasan-7/

https://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0509&sec=Megabait&pg=me_01.htm#ixzz3tUq8C6bw
© Utusan Melayu (M) Bhd

https://masieyta.weebly.com/coretanku.html

https://bmm3053leeyin.blogspot.my/2015_09_01_archive.html

TAJUK 2 : Pengaplikasian Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

Sumber:
https://www.canva.com/create/brochures/
https://akubit.blogspot.my/2012/01/tajuk-3-aplikasi-garis-panduan-dan.html

Publication2.pdf (595150)

Sumber:

https://akubit.blogspot.my/2012/01/tajuk-3-aplikasi-garis-panduan-dan.html

https://www.google.com/search?q=logo+maktab+mahmud+bandar+baharu&espv=2&biw=1366&bih=623&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjq5r_1usfJAhVHkY4KHSdRA5

TAJUK 3 : Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

TAJUK 4 : Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian

TAJUK 5: Pengaplikasian Model-Model Pengajaran Bahasa dalam Pembinaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

TAJUK 6 : Pembinaan dan Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

TAJUK 7 : Pengeditan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

TAJUK 8 : Pengaplikasian Penilaian Digital Pelajar untuk Bahan PdP Bahasa Melayu

TAJUK 9 : Seminar dan Pameran TMK dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang

Contact

eportfolio_saliza

MAKTAB MAHMUD BANDAR BAHARU, BUKIT APENG, LUBUK BUNTAR, 09800 SERDANG KEDAH DARUL AMAN.

01119598729